Perbezaan Lelaki Bujang Dan Lelaki Sudah Berkahwin - Terowong Informasi

Breaking News

Perbezaan Lelaki Bujang Dan Lelaki Sudah Berkahwin

Perbezaan Lelaki Bujang Dan Lelaki Sudah Berkahwin

Zaman sekarang ini, ramai wanita di luar sana sukar untuk mengetahui lelaki yang bujang dan yang sudah berkahwin. Ada yang kata lelaki yang sudah berkahwin pandai ambil hati berbanding lelaki bujang. Betul ke? Apa kata kita lihat, apakah perbezaan lelaki bujang dan lelaki yang sudah berkahwin :

Lelaki Bujang 

  • Suka curi-curi pandang gadis yang diminat tetapi bila gadis tersebut perasan diperhatikan, dia pasti akan malu-malu perbuatannya diketahui.
  • Jantung lelaki bujang akan berdegup kencang apabila melihat wanita yang disukai dan pasti perbuatannya akan nampak seperti kelam kabut sedikit.
  • Suka menunjukkan bakat dan kebolehan pada dirinya serta gaya gentlemen untuk menarik perhatian wanita.
  • Hati lelaki bujang mudah sensetif
  • Rasa teruja akan dapat dilihat apabila dapat bercakap dengan si gadis bertuah itu dan secara tidak langsung akan memuji kecantikan si gadis tersebut.

Lelaki Sudah Berkahwin

  • Mudah tertarik dan suka melihat tubuh badan wanita. Apabila ada gadis yang seksi yang mempunyai tubuh yang mengiurkan, si dia pasti akan memerhati ke mana gadis itu pergi.
  • Akan duduk bersahaja dan buat seperti tiada apa berlaku berbading lelaki bujang.
  • Akan lebih bersemangat jika wanita memberi respon terhadapnya dan waktu itu, mulalah business "jual minyak" berlaku.
  • Lebih suka berdiam dan akan dengar apa yang dikatakan kerana mereka hanya perlu dengar perkara yang penting sahaja untuk menambat hati si dia (wanita).
  • Jangan terkejut jika mereka ini cari bila perlu sahaja dan bila dia mahu untuk bermanja kerana si dia perlu memberi perhatian kepada isteri dan anak-anak di rumah. Kebanyakkan suami orang akan berdiam dan akur apa sahaja yang kamu inginkan atau katakan.

2 comments

SNM said...

Singgah bw dari Senarai Rakan Bloggers FB Mia (^^,)

Regards,
SNM_Yana Afi Mohamed

Terowong Informasi said...

terima kasih komen...