About Me - Terowong Informasi

Breaking News

About Me

Selamat datang ke Blog Terowong Informasi. Sebelum itu, Hackers mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda kepada blog ini kerana sudi meluangkan masa seketika untuk membaca entry di blog ini walaupun blog ini tidak sehebat blog lain - lain. Untuk pengetahuan anda semua, Blog Terowong Informasi ini telah wujud sejak 01 February 2011. Walaupun ia masih baru, banyak perubahan Hackers telah lakukan pada blog ini untuk matluman anda semua. Kenapa menggelarkan diri sebagai Hackers?
Pastinya anda tertanya - tanya kenapa bukan?
Ceritanya bermula ketika Hackers menjadi seorang blogger 2 tahun lalu tetapi bukan menggelarkan diri sebagai Hackers tetapi Nazterjah. Blog Nazterjah iaitu http://nazterjah.blogspot.com banyak memaparkan mengenai software yang ingin dikongsi bersama. Selain dari itu juga, ada menceritakan cerita panas dengan hasil terjahan yang dilakukan oleh Nazterjah. Blog terbabit masih wujud lagi tetapi sejak blog terbabit 4 kali di godam dan diremove oleh google kerana disyaki blog spam, Blog Nazterjah terus berkubur begitu sahaja walaupun blog terbabit telah pulih.
Hackers juga telah mencuba membuat blog lain tetapi gagal kerana diserang oleh penggodam kerana tidak membenarkan Hackers membuat mana- mana blog. Selama 3 bulan mendiamkan diri, Blog Terowong Informasi wujud di alam maya ini. Nama Hackers digunakan kerana mendapat idea dari pengalaman digodam dahulu tetapi hanya untuk godam matlumat berinformasi, hiburan dan santai sahaja.

Alhamdulillah, berkat sokongan dari Admin Johor Blogger dan rakan yang lain, semangat untuk buat blog baru tercapai. Inilah sejarah bermulanya Blog Terowong Informasi ini dengan slogan 1 Blog 1 Informasi digunakan.Diharap blog ini terus kekal wujud sampai bila - bila..

UPDATE : Hackers kini telah bertukar nama kepada Bro Nasa. Harap maklum...

Aktiviti terkini, admin telah menjadi seorang editor untuk page Semuanya Signage. Blog yang memaparkan segala informasi berkenaan Digital Signage di Malaysia. Selaga tips dan pengkongsian ada di blog ini. Jangan lupa untuk baca artikel di blog Semuanya Signage.