RSMY Best Cheese Naan, Kuala Lumpur - Terowong Informasi

Breaking News

RSMY Best Cheese Naan, Kuala Lumpur

RSMY Best Cheese Naan, Kuala Lumpur

Nak cari roti naan paling sedap di Kuala Lumpur, Restoran RSMY Best Cheese Naan antara yang disebut-sebut kerana keenakan roti naan mereka memang super awesome. Sebelum ini, Bro hanya mendengar nama RSMY yang kononnya restoran ini memang pakar dalam pembuatan roti naan dan bro pergi mencubanya sendiri di Jalan Medan Tuanku, Kuala Lumpur.

Untuk ke restoran ini, bab parking anda tidak perlu risau walaupun ia di tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Jika anda bernasib baik, anda boleh dapat parking di hadapan kedai ini dan jika tidak, anda perlu menapak sedikit. Keadaan restoran di sini masih terjamin bersih dan layanan masih ditahap yang baik. Sewaktu Bro makan tengah hari, orang masih belum ramai kerana bro pergi waktu minggu.

RSMY Best Cheese Naan, Kuala Lumpur

Berbalik kepada roti naan di RSMY ini, mereka ada menyediakan beberapa jenis roti naan iaitu :


  • Yummy Cheese Naan (Extra Cheese)
  • Garlic Cheese Naan (Extra Cheese)
  • Cheese Naan (Extra Cheese)
  • Yummy Cheese Naan
  • Garlic Cheese Naan
  • Cheese Naan
  • Plain Naan
  • Butter Naan
  • Garlic Butter Naan

RSMY Best Cheese Naan, Kuala Lumpur


Pasti anda terkelu yang mana anda perlu pilih untuk puas hati makan dan berbaloi. Harga makanan di atas adalah berlainan dan tidak pasti berapa harganya sekarang. Sebelum ini, ia sekitar RM10.00 ke atas untuk extra cheese. Dalam gambar ini, Bro memesan Cheese Naan (Extra Cheese) dan Ayam Tandoori. Memang terbaik roti naan cheese mereka. Sedap, cheese yang super awesome dan ayam tandoori yang disediakan tidak terlalu kering. Masih ada juicy dari ayam tersebut. Ayam Tandoori anda boleh pilih sama ada mahu peha atau dada.

RSMY Best Cheese Naan, Kuala Lumpur

Selain menu Roti Naan, mereka ada menyediakan hidangan Nasi Beriyani yang boleh tahan sedap. Harga nasi beriyani mereka agak mahal sedikit tetapi masih masuk akal harganya. Masa ini, bro pesan nasi beriyani Kosong kerana ayam tandoori yang dipesan sebelum ini agak besar. So, gunalah ayam tersebut tetapi kuah kari mereka ada sediakan.

Jadi, kepada mereka yang tercari-cari Roti Naan Terbaik di Kuala Lumpur, bolehlah cari restoran ini di Jalan Medan Tuanku atau boleh ke cawangan mereka berdekatan di rumah anda. Ingat roti naan, ingat RSMY.

Cawangan RSMY Best Cheese Naan :

  • RSMY Jalan Medan Tuanku, Kuala Lumpur
  • RSMY Setapak
  • RSMY Danau Kota
  • RSMY Bangi

Peta Lokasi RSMY di Jalan Medan Tuanku :

No comments