Klinik Khas Untuk Lelaki Mangsa Rogol Diwujudkan - Terowong Informasi

Breaking News

Klinik Khas Untuk Lelaki Mangsa Rogol Diwujudkan

Klinik Khas Untuk Lelaki Mangsa Rogol Diwujudkan

Di Stockholm, Sweden, mereka telah mewujudkan sebuah klinik khas untuk lelaki yang menjadi mangsa rogol atau penderaan seksual terhadap mereka. Kita biasanya dengar hak asasi wanita tetapi hak asasi lelaki, ia tidak pernah wujud di mana-mana dunia.

Dengan kewujudan klinik khas ini, ia merupakan salah satu klinik di dunia untuk melindung pesakit lelaki di negara tersebut. Klinik khas yang di buka di dalam Hospital Sodersjukhuset ini telah menerima 600 hingga 700 pesakit untuk menerima rawatan di situ dalam tempoh 1 tahun.

Klinik Khas Untuk Lelaki Mangsa Rogol Diwujudkan

Idea mewujudkan klinik khas ini diilhamkan oleh Part Liberal di sana yang mengetuai kempen untuk klinik di bandar Sweden. Rasmus Jonlund berkata :

Kita tidak pasti berapa ramai yang akan menggunakan perkhidmatan ini, namun beliau percaya ramai yang mengalami serangan seksual akan tampil untuk mendapatkan rawatan, Ujarnya.
Untuk pengetahuan anda, penjagaan perubatan kecemasan untuk lelaki dirogol adalah percuma dan ditawarkan sepanjang masa. Menurut majlis pencegah jenayah Sweden, pada tahun 2014, 370 kes-kes serangan seksual terhadap lelaki atau kanak-kanak lelaki dilaporkan di seluruh Sweden dan para pakar percaya bahawa angka sebenarnya adalah tinggi tanpa yang kita duga.

Adakah klinik ini patut wujud di Malaysia? Cuba anda bagi komen sedikit pandangan.

No comments