Fenomena Pokémon GO Melanda Dunia - Terowong Informasi

Breaking News

Fenomena Pokémon GO Melanda Dunia

Pokemon GO

Demam permainan maya Pokémon GO telah melanda dunia ketika ini sehinggakan terdapat kes berlakunya kemalangan di Amerika Syarikat. Pokémon GO mula beroperasi di Amerika Syarikat beberapa hari lepas sebelum dipasarkan ke seluruh dunia dalam tempoh beberapa jam lagi. Pokemon telah wujud sejak tahun 1996 lagi dengan bermula dari animasi ke permainan konsul Nintendo. Permainan ini memang popular pada era itu dan Bro antara peminatnya. Pelbagai versi permainan Pokémon antaranya Red version, Gold Version, Silver Version dan pelbagai lagi. Pada ketika itu, konsol GameBoy antara pilihan terbaik untuk memainkan permainan berunsur jelajah dan lawan ini.

Pokemon GO

Setelah beberapa tahun menyepi, tahun 2016 mula kedengaran permainan maya Pokémon GO yang boleh dimainkan pada mana-mana smartphone yang ada di pasaran. Dengan teknologi yang ada, Pokémon GO mula membuat satu permainan jelajah seumpama realiti yang hanya memerlukan sistem GPS, kamera dan data internet. Dalam permainan ini, setiap lokasi pasti akan terjumpa Pokemon yang biasa dan yang betul-betul 'rare' boleh didapati.

Pokemon GO

Ada terdapat berita yang mengatakan sesetengah negara mengharamkan permainan ini kerana khuatir membahayakan kepada kanak-kanak yang tidak peka pada persekitaran yang boleh menyebabkan kemalangan. Peminat Pokémon GO di Malaysia pasti tidak sabar dengan fenomena Pokémon GO ini bukan? Akan tetapi, adakah Pokémon GO akan diharamkan di Malaysia? Kita tunggu dan lihat sahaja dalam masa terdekat.

No comments