Petua Halau Lalat Paling Berkesan - Terowong Informasi

Breaking News

Petua Halau Lalat Paling Berkesan


Halau Lalat
Masalah lalat pasti mengganggu terutamanya di rumah. Kadang-kala ia boleh membahayakan kesihatan kita kerana lalat boleh membawa penyakit. Lalat juga merupakan serangga yang cepat membiak. Pasti anda tercari-cari apakah langkah atau petua untuk mencegah lalat dari hinggap ke makanan kita. Berikut adalah petuanya :
  • Ambil dua batang lilin dan nyalakannya. Kemudian letakkan di atas meja makan atau di kawasan hidangan. Haba daripada lilin amat tidak disukai lalat.
  • Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam mangkuk atau cawan berisi air. Biarkan terdedah di ruang dapur.
  • Letakkan secekak daun kari dalam bekas berisi air dan biarkan di sudut tempat makan atau hidangan.
  • Ambik beberapa biji cili besar dibelah dua dan letakkan di atas meja.
  • Tumbuk kulit kayu manis sehingga hancur. Kemudian taburkan pada meja makan jika anda tidak mahu lalat datang ke meja makan tersebut.
  • Kibaskan daun belimbing kepada lalat yang sedang terbang. Selepas itu lalat akan pergi jauh.
  • Bagi mengurangkan lalat hinggap pada makanan, sediakan satu uncang yang diisi kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih di dalamnya. Gantungkan pada ruang makan yang terdapat lalat.
Diharap petua di atas ini memberi sedikit informasi berguna buat anda semua. Anda perlu ingat, petua ini hanya sementara sahaja. Anda perlu menjaga kebersihan dalam rumah yang paling utama sekali. Jika bersih rumah kita, lalat pun tidak mahu datang ke rumah anda.


2 comments

Unknown said...

Sekampit bunga cengkih teman dok rendam...xmembantu langsung..

Terowong Informasi said...

lalat sekarang dah bijak kot.. Ni kan petua orang lama2